Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.





Kelengkapan Tersedia:



Persekitaran Tempat Penginapan:





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
TERMA DAN SYARAT PENGINAPAN
AziMan Guest House
1. Tetamu diwajibkan untuk melaporkan sebarang kerosakan yang berlaku semasa tempoh penginapan. Deposit penginapan akan dikreditkan semula ke akaun tetamu berdaftar dalam tempoh 24 jam selepas daftar keluar (check-out). Deposit penginapan tidak akan dipulangkan (dikira sebagai ganti rugi kerosakan) sekiranya berlaku sebarang kerosakan yang diakibatkan oleh kecuaian para tetamu.
2. Tetamu yang dibenarkan menginap di AziMan Guest House hendaklah mematuhi peraturan mandatori sebagaimana berikut:
a) terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan keluarga mahram
b) jika berkumpulan yang tiada hubungan keluarga, mestilah sama gender, samada wanita sahaja atau lelaki sahaja.
3. Hanya makanan dan minuman yang BERSIH dan HALAL sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam rumah tamu kami.
4. Minuman keras/alcohol/memabukkan atau bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang seperti senjata api, dadah, ganja dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.
5. Tetamu dinasihatkan agar tidak meninggalkan barang berharga di dalam rumah tamu. Sila pastikan pintu dan pagar dikunci semasa tetamu berada di rumah mahupun ketika tetamu meninggalkan rumah tamu untuk seketika. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan barang berharga semasa menginap di rumah tamu kami.
6. Tetamu diminta agar tidak membuang sebarang objek (seperti tuala wanita) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelak tandas tersumbat.
7. Perbuatan bising dan kegiatan yang mengganggu kawasan kejiranan adalah dilarang sama sekali. Mohon kerjasama para tetamu untuk menghormati kawasan kejiranan.
8. Tetamu hendaklah memastikan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan seperti membuat bising, meletakkan kenderaan sehingga menghalang laluan jiran dan lain-lain kesalahan kacau ganggu yang menyalahi undang-undang yang sedang berkuatkuasa.
9. Tetamu tidak dibenarkan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyalahi agama/bertentangan dengan ajaran Islam di rumah tamu ini.
10. Sila pastikan pintu dan tingkap ditutup setiap kali meninggalkan rumah tamu atau ketika tidur pada waktu siang mahupun malam.
11. Sila pastikan suis elektrik (penghawa dingin, televisyen, kipas, lampu, dapur dan peralatan elektrik yang lain) dipadamkan selepas digunakan. Sila pastikan semua suis elektrik kecuali peti sejuk dipadamkan setiap kali tetamu meninggalkan rumah.
12. Haiwan peliharaan tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk ke dalam rumah tamu.
13. Tetamu adalah tidak dibenarkan sama sekali mengubah dan mengalihkan susunatur perabot rumah tamu. Sila kembalikan peralatan atau kelengkapan yang telah dialihkan ke tempat asalnya.
14. Pengurusan AziMan Guest Gouse tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan, kehilangan, kecederaan atau kehilangan nyawa tetamu dan harta benda tetamu yang disebabkan oleh kecuaian tetamu atau sebab-sebab lain yang berada di luar kawalan pihak pengurusan.